Sesungguhnya Allah Mengasihi Orang Yang Berjuang di JalanNya...





KUALA LUMPUR, 6 April (Hrkh) - Peralihan kuasa yang berlaku dalam pemilihan Umno baru-baru ini bukanlah indikator yang efisyen bagi merubah parti itu.
Iklan




Sebaliknya ramai melihat Umno/BN masih tidak berubah dan parti itu tidak berkemampuan menawan kerusi Bukit Gantang dalam pilihan raya kecil ini akibat parti itu gagal berubah sepenuhnya.

Walaupun dengan kemasukan bekas Presiden, Tun Dr Mahathir Mohamad ke pangkuan Umno semula, parti itu masih belum dapat diterima atau diyakini oleh rakyat, kata Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani.

"Kemasukan semula Mahathir tidak akan mendatangkan kesan kepada corak kepimpinan Umno yang dilihat semakin terdesak memenangi hati rakyat dan bukannya satu ancaman kepada Pakatan Rakyat," katanya yang juga Adun Paroi.

"Penyertaan semula Tun Mahathir dalam Umno bukan ancaman kepada Pakatan Rakyat khususnya PAS memandangkan ketika beliau meninggalkan Umno dahulu, tiada pihak yang memintanya menarik balik hasrat berkenaan malah turut mengutuknya.

"Sekejap keluar dan kemudian masuk parti adalah lumrah bagi pemimpin Umno kerana mereka tidak mempunyai pendirian tetap dan jati diri telus dalam perjuangan membela hak rakyat," tegasnya.

Baginya, generasi muda tidak akan melihat ini satu perubahan, dan peralihan kuasa yang berlaku dalam Umno tidak akan mendatangkan kesan kepada parti yang hampir karam itu,

Menyentul hal yang sama, Pensyarah Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nidzammuddin Sulaiman dalam satu ulasan pada akhbar harian berkata, dari sudut pandangan luar parti terbesar itu dilihat masih berada di takuk lama.

Orang ramai, pengundi luar, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat sivil memberi andaian Umno tidak pernah berubah sepenuhnya serta ragu parti itu akan pulih, katanya.

Beliau melihat, seolah-olah Umno hanya pulih di kalangan ahli parti mereka sahaja, walau bagaimana pun orang luar masih mengaitkan pemimpin mereka dengan politik wang.

Hal ini kata Taufek akan memberi kesan kepada pengundi pada pilihan raya Bukit Gantang. - MKS._

0 Responses to "Pertukaran kepimpinan bukan indikator efisen Umno"