Sesungguhnya Allah Mengasihi Orang Yang Berjuang di JalanNya...


10/06/2009 10:40:00 PM




Respon dari TNCA UPSI tentang kelewatan penempatan ke sekolah..

Sebenarnya, Profesor Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengeluarkan kenyataan semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah kemungkinan besar akan mengalami kelewatan untuk dipostingkan dan bukannya mengalami pembekuan. Kelewatan tersebut tidak dapat dinyatakan jangkamasanya mungkin juga mengambil masa yang agak lama dari kebiasaanya dan mahasiswa/i diminta bersedia dengan kelewatan yang berlaku juga mungkin mengambil masa berbulan.
Kenyataan tersebut dipetik dalam ucapan perasmian yang disampaikan beliau dalam ‘Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia’ anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI yang berlangsung di Bilik Seminar Bitarasiswa pada 3hb Oktober 2009.

Sebenarnya saya juga hadir dalam simposium tersebut namun tidak mengikuti ucapan perasmian tetapi hanya ketika perbentangan satu kertas kerja sahaja yang berjaya diikuti disebabkan saya punya midterm sebelumnya.

Mengulas lagi isu ini, Prof mengulas, keadaan ini berlaku disebabkan keadaan ekonomi negara yang kurang stabil dan kerajaan tidak dapat memberi jaminan untuk memastikan semua graduan lepasan pendidikan akan dipostingkan tepat pada masanya dan perkara ini tidak hanya berlaku di UPSI namun juga IPG-IPG, DPLI dan semua fakulti-fakulti pendidikan di seluruh IPTA dan IPTS.

Tambah beliau lagi, keadaan lewat posting ini perlu semua mahasiswa/i UPSI ketahui dan bersiap sedia biarpun ada dikalangan mahasiswa/i adalah penerima biasiswa dan juga sebahagiannya merupakan peminjam PTPTN. Beliau juga menasihatkan mahasiswa/i mengambil langkah berjimat cermat melalui sekarang kerana kemungkinan besar bajet universiti akan dikurangkan disetiap bahagian 10-20%.

Menyentuh inisiatif yang dilakukan di peringkat UPSI, universiti akan membuka kos yang bukan hanya melibatkan pendidikan bagi memberi peluang yang lebih luas kepada pelajar untuk bukan hanya mendapatkan pekerjaan bukan sahaja sebagai guru namun mampu untuk ditempatkan dalam prospek lain. Sebagai contoh kita dapat lihat, ijazah sarjana muda bahasa arab dengan pendidikan, ijazah sarjana muda pengajian malaysia. Mahasiswa/i juga dinasihatkan supaya merancang lebih awal dan bijak mencari peluang pekerjaan yang lain bagi menghadapi isu kelewatan posting ini.

2) Respon dari pegawai KPM, En Saufi Ketua Penolong Setiausaha Unit Perkhidmatan Guru (1), Bahagian Sumber Manusia

Saya mengambil inisiatif untuk berhubung terus dengan pegawai KPM yang terlibat dengan urusan posting ini.

Isu lewat posting sememangnya akan berlaku pada tahun hadapan. Kerajaan setakat ini akan mengambil guru mengikut unjuran-unjuran sebenar kekosongan guru di seluruh sekolah di malaysia. Berikutan dengan itu, mahasiswa/i dalam bidang pendidikan tidak akan dijamin dipostingkan dalam masa terdekat sebaik sahaja mereka graduat. Kelewatan untuk posting juga dikatakan berikutan perubahan sistem 2 kali penempatan ke sekolah berbanding 4 kali penempatan sebelumnya. Kemungkinan masa yang diambil untuk mahasiswa/i dipostingkan adalah lebih lama dari kebiasaan kesan daripada perubahan sistem ini.

Mengulas mengenai isu posting, mengenai interview yang dilakukan kepada lepasan UPSI yang baru sahaja bergraduat bulan lapan yang lepas, ramai dikalangan mereka gagal dalam ujian INSAK . Seramai lebih kurang 400 orang gagal ujian insak dan 20%-30% dari UPSI. Hal ini kemungkinan dilihat kurang bersedia apabila menghadapi interview samaada dari segi mental dan fizikalnya dan juga masih lagi kurang dalam kemahiran berkomunikasi terutamanya. Keadaan ini sememangnya serius dan perlu diambil kira oleh kita semua yang bakal bergraduat kelak.

Bagi pelajar DPLI, mereka tidak perlu lagi untuk interview apabila tamat pengajian kelak berikutan telah diinterview sebelum pengambilannya. Beliau juga bersedia untuk bertemu dengan mahasiswa/i tahun akhir terutamanya dalam memberi penerangan terus berkenaan dengan isu penempatan dan kretiria dalam interview.

Saya menyeru kepada mahasiswa/i UPSI supaya bertenang dan bersabar, kerana sememangnya isu ini bukannya isu kita tidak dapat posting cuma isu kita lambat posting. Apa-apapun saya akan maklumkan perkembangannya dari semasa ke semasa.

10/05/2009 02:40:00 AM
8/27/2009 01:04:00 AM




Selamat menjalani ibadah puasa
Ramadhan Kareem...

7/31/2009 02:28:00 AM



1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A'ishah

- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam

- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah

- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah

- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tapi bukan SITI NURHALIZA ye!!!.Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.

6/24/2009 10:06:00 PM



AISYAH Binti ABU BAKAR r.a
Istri - istri Rasulullah SAW


--------------------------------------------------------------------------------

Rasulullah SAW membuka lembaran kehidupan rumah tangganya dengan Aisyah r.a yang telah banyak dikenal. Ketika wahyu datang pada Rasulullah SAW, Jibril membawa kabar bahwa Aisyah adalah istrinya didunia dan diakhirat, sebagaimana diterangkan didalam hadits riwayat Tirmidzi dari Aisyah r.a, " Jibril datang membawa gambarnya pada sepotong sutra hijau kepada Nabi SAW, lalu berkata.' Ini adalah istrimu didunia dan di akhirat." Dialah yang menjadi sebab atas turunnya firman Allah SWT yang menerangkan kesuciannya dan membebaskannya dari fitnah orang-orang munafik.

Aisyah dilahirkan empat tahun sesudah Nabi SAW diutus menjadi Rasul. Semasa kecil dia bermain-main dengan lincah, dan ketika dinikahi Rasulullah SAW usianya belum genap sepuluh tahun. Dalam sebagian besar riwayat disebutkan bahwa Rasulullah SAW membiarkannya bermain-main dengan teman-temannya.

Dua tahun setelah wafatnya Khadijah r.a datang wahyu kepada Nabi SAW untuk menikahi Aisyah r.a. Setelah itu Nabi SAW berkata kepada Aisyah, " Aku melihatmu dalam tidurku tiga malam berturut-turut. Malaikat mendatangiku dengan membawa gambarmu pada selembar sutra seraya berkata,' Ini adalah istrimu.' Ketika aku membuka tabirnya, tampaklah wajahmu. Kemudian aku berkata kepadanya,' Jika ini benar dari Allah SWT , niscaya akan terlaksana."

Mendengar kabar itu, Abu Bakar dan istrinya sangat senang, terlebih lagi ketika Rasulullah SAW setuju menikahi putri mereka, Aisyah. Beliau mendatangi rumah mereka dan berlangsunglah pertunangan yang penuh berkah itu. Setelah pertunangan itu, Rasulullah SAW hijrah ke Madinah bersama para sahabat, sementara istri-istri beliau ditinggalkan di Makkah. Setelah beliau menetap di Madinah, beliau mengutus orang untuk menjemput mereka, termasuk didalamnya Aisyah r.a.

Dengan izin Allah SWT menikahlah Aisyah dengan mas kawin 500 dirham. Aisyah tinggal dikamar yang berdampingan dengan masjid Nabawi. Dikamar itulah wahyu banyak turun, sehingga kamar itu disebut juga sebagai tempat turunnya wahyu. Dihati Rasulullah SAW, kedudukan Aisyah sangat istimewa, dan tidak dialami oleh istri-istri beliau yang lain. Didalam hadits yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik dikatakan, " Cinta pertama yang terjadi didalam Islam adalah cintanya Rasulullah SAW kepada Aisyah r.a."

Didalam riwayat Tirmidzi dikisahkan "Bahwa ada seseorang yang menghina Aisyah dihadapan Ammar bin Yasir sehingga Ammar berseru kepadanya,' Sungguh celaka kamu. Kamu telah menyakiti istri kecintaan Rasulullah SAW." Sekalipun perasaan cemburu istri-istri Rasulullah SAW terhadap Aisyah sangat besar, mereka tetap menghargai kedudukan Aisyah yang sangat terhormat. Bahkan ketika Aisyah wafat, Ummu Salamah berkata, 'Demi Allah SWT, dia adalah manusia yang paling beliau cintai selain ayahnya (Abu Bakar)'.

Di antara istri-istri Rasulullah SAW, Saudah bin Zum`ah sangat memahami keutamaan-keutamaan Aisyah, sehingga dia merelakan seluruh malam bagiannya untuk Aisyah.

Dengan demikian dapat dikatakan bahwa Aisyah sangat memperhatikan sesuatu yang menjadikan Rasulullah SAW rela. Dia menjaga agar jangan sampai beliau menemukan sesuatu yang tidak menyenangkan darinya. Karena itu, salah satunya, dia senantiasa mengenakan pakaian yang bagus dan selalu berhias untuk Rasulullah SAW. Menjelang wafat, Rasulullah SAW meminta izin kepada istri-istrinya untuk beristirahat dirumah Aisyah selama sakitnya hingga wafat. Dalam hal ini Aisyah berkata, "Merupakan kenikmatan bagiku karena Rasulullah SAW wafat dipangkuanku."

Bagi Aisyah, menetapnya Rasulullah SAW selama sakit dikamarnya merupakan kehormatan yang sangat besar karena dia dapat merawat beliau hingga akhir hayat. Rasulullah SAW dikuburkan dikamar Aisyah, tepat ditempat beliau meninggal. Sementara itu, dalam tidurnya, Aisyah melihat tiga buah bulan jatuh ke kamarnya. Ketika dia memberitahukan hal ini kepada ayahnya, Abu Bakar berkata, "Jika yang engkau lihat itu benar, maka dirumahmu akan dikuburkan tiga orang yang paling mulia dimuka bumi." Ketika Rasulullah SAW wafat, Abu Bakar berkata, "Beliau adalah orang yang paling mulia diantara ketiga bulanmu." Ternyata Abu Bakar dan Umar dikubur dirumah Aisyah.

Setelah Rasulullah SAW wafat, Aisyah senantiasa dihadapkan pada cobaan yang sangat berat, namun dia menghadapinya dengan hati yang sabar, penuh kerelaan terhadap taqdir Allah SWT dan selalu berdiam diri didalam rumah semata-mata untuk taat kepada Allah SWT.

Rumah Aisyah senantiasa dikunjungi orang-orang dari segala penjuru untuk menimba ilmu atau untuk berziarah kemakam Nabi SAW. Ketika istri-istri Nabi SAW hendak mengutus Ustman menghadap khalifah Abu Bakar untuk menanyakan harta warisan Nabi SAW yang merupakan bagian mereka, Aisyah justru berkata, "Bukankah Rasulullah SAW telah berkata, 'Kami para nabi tidak meninggalkan harta warisan. Apa yang kami tinggalkan itu adalah sedekah."

Dalam penetapan hukum pun, Aisyah kerap langsung menemui wanita-wanita yang melanggar syariat Islam. Didalam Thabaqat, Ibnu Saad mengatakan bahwa Hafshah binti Abdirrahman menemui Ummul Mukminin Aisyah r.a. Ketika itu Hafshah mengenakan kerudung tipis. Secepat kilat Aisyah menarik kerudung tersebut dan menggantinya dengan kerudung yang tebal.

Aisyah tidak pernah mempermudah hukum kecuali jika sudah jelas dalilnya dari Al Qur`an dan Sunnah. Aisyah adalah orang yang paling dekat dengan Rasulullah SAW sehingga banyak menyaksikan turunnya wahyu kepada beliau. Aisyah pun memiliki kesempatan untuk bertanya langsung kepada Rasulullah SAW jika menemukan sesuatu yang belum dia pahami tentang suatu ayat. Dengan demikian dapat dikatakan bahwa ia memperoleh ilmu langsung dari Rasulullah SAW. Aisyah termasuk wanita yang banyak menghapalkan hadits-hadits Nabi SAW, sehingga para ahli hadits menempatkan dia pada urutan kelima dari para penghapal hadits setelah Abu Hurairah, Ibnu Umar, Anas bin Malik dan Ibnu Abbas.

Dalam hidupnya yang penuh dengan jihad, Sayyidah Aisyah wafat pada usia 66 th, bertepatan dengan bulan Ramadhan,th ke-58 H, dan dikuburkan di Baqi`. Kehidupan Aisyah penuh dengan kemuliaan, kezuhudan, ketawadhuan, pengabdian sepenuhnya kepada Rasulullah SAW, selalu beribadah serta senantiasa melaksanakan shalat malam. Selain itu, Aisyah banyak mengeluarkan sedekah sehingga didalam rumahnya tidak akan ditemukan uang satu dirham atau satu dinar pun. Dimana sabda Rasul, "Berjaga dirilah engkau dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma." (HR. Ahmad )

Dikutip dari: Amru Yusuf/ Istri Rasulullah, contoh dan teladan.

Oleh :
Al-Islam - Pusat Informasi dan Komunikasi Islam Indonesia




KUALA LUMPUR 27 Mei - Sekumpulan ahli akademik dan profesional sudah memulakan kajian terhadap cadangan kerajaan untuk mengehadkan jumlah subjek yang boleh diambil pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, kajian itu yang dijalankan atas arahan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada minggu lepas, akan melibatkan semua aspek.
"Kita kena ambil kira semua dan melihatnya dari semua dimensi. Bagaimana kita membandingkan tahap kecemerlangan pelajar dalam hal ini?
"Adakah dapat 21 A itu cemerlang, tetapi yang skor A dalam semua sembilan matapelajaran yang diambil oleh seorang lagi pelajar tidak pula cemerlang? Kalau dia cemerlang sebab ambil banyak matapelajaran yang bertindih, tidak bawa apa-apa maknanya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Pelatih Jurukur Bahan Kolej Tunku Abdul Rahman-Gamuda di sini, hari ini.
Wee berkata, kementerian juga sedang menjalankan kajian kenapa ada pelajar yang mahu mengambil banyak subjek dalam SPM dan tujuan mereka berbuat demikian. - BERNAMA